22 October 2011

Tips-Tips Modifikasi Pada Motorsikal Yamaha 135LC Anda

Berikut adalah sedikit tips modifikasi yg dicedok dari sumber2 yang boleh dipercayai. Jom kita
usha...



1. Pemasangan Ekzos     


Pemasangan ekzos motorsikal hendaklah ikut spec yang dibenarkan..Tidak boleh ubah suai silancer, atau tabung ekzos..Bunyi ekzos yang bising memekak telinga .terutama skali yang bunyi letup-letup sampai keluar api-api macam nak berperang.ade plak yang pipe dia mencanak mendongak kelangit.. Ade plak sekarang ni modifide masuk ekzos kereta kat motorsikal..Ade plak double ekzos macam superbike tapi kapcai jer.. Tapi kalo nak try pakai jugak..buat ujian di jabatan Alam Sekitar dan pengesahan puspakom..rasanya memang tak leh lepas la..tp ekzos yoshimura made in japan yg mahal tu mungkin bleh lepas, kalau korang boleh dapatkan surat dari Puspakom..Cubalah korang mintak...




2. Pemasangan Coverset     


Penukaran coverset dibolehkan, diluluskan dan tidak perlu surat kebenaran JPJ.Tetapi Coverset yang ditukar perlulah tidak mengubah ciri-ciri dan bentuk asal motorsikal tersebut..Jangan kita sendiri tengok sampai tak kenal dan cam motorsikal.. jauh sangat lari dari bentuk asal..,kalau nak ikutkan spac warna kena sama dalam geran..kalo standet warna Oren,coverset yang nak tukar tu mesti ada dominan warna oren jugak la..jangan hilang trus warna oren ..




3. Pemasangan Footrest     


Pemasangan footrest adalah dibenarkan..tak kira la brand RB ke..X1R ke..yoshimura ke..pakai je..tak salah..diluluskan dan tidak perlu dapatkan kebenaran JPJ.Setakat ni rasanyer de masalah rasanya kalau pakai footrest racing ni. polis tak tahan punye. kalau tahan pon maybe dorang nak tengok je kot. ye lahhh diorang jakun sikit tengok benda-benda pelik cam ni...




4. Pemasangan Brake Disk     


Pemasangan disc brake belakang adalah dibenarkan..tidak perlu kelulusan JPJ..pastikan disc yang dipakai tidak besar gaban dari size disc belakang 125z. ape-apa pattern pun tak pe..tak kisah lahh.. Cuma mungkin ade keburukan penggunaan modified brake disc ni..kalau modfide pakai disc brek belakang, memang brek belakang susah nak pakai tak berapa cengkam bila brake emergency mesti telajak.tekan-tekan pedal brake pun tak mau berhenti..kadang tu bila tekan melekat sangat plak sampai membuang belakang..




5. Pemasangan Lampu Berwarna     


Penggunaan lampu berwarna (contohnya lampu warna biru/hijau/ungu/merah) di bahagian hadapan terutama jenis projector xenon punya..Pasalnyer cahaya dipancar amat silau yang sungguh terang-benderang, yang berwarna putih-pelepah sehingga menyakitkan mata kita itu, itulah kononnya lampu xenon, bila selisih jalan ngan orang guna lampu jenis ni naik pedih mata bila bertentang dengan cahaya lampu jenis ni.Lampu berwarna juga tak dibenarkan termasuk lah pada lampu kecil bawah signal .sila gunakan warna lampu standet mcm lampu besar..hanya lampu merah dibenarkan di bahagian belakang untuk lampu brek.. Lampu signal pula mestilah berwarna oren.Tetapi malangnya, pemandu-pemandu sekarang main pasang saja.Ada kuning, merah, biru dan apa-apa saja lampu yang mereka minati.




6. Penggunaan aksesori tambahan     


Lain-lain tambahan aksesori tu dibenarkan asalkan tidak mengubah rupa asal dan ciri-ciri bentuk asal motorsikal tersebut.. dan diharapkan tidak membawa kepada merbahaya bila menunggang.. Cuma nak nampak cantik ajer kan...




7. Pengubahsuaian Enjin dan CDI     


Apa yang anda mahukan? Kuasa? Kelajuan maksimum? Atau keterujaan? Sebarang pengubahsuaian yang boleh menambahkan kelajuan asal ( modified enjin dan bahagian lain) biar lebih power adalah menjadi kesalahan disisi undang-undangJPJ...nanti Tak pasal-pasal kena sita pulak motor. Modifikasi sederhana seperti menukar CDI atau roler motor skuter kepada spesifikasi yang lebih baik supaya motor anda mempunyai kuasa tambahan yang berpatutan.sikit-sikit tu mungkin boleh kut..Tapi setengah tempat.. traffic tak benarkan tukar CDI standert ke CDI lain lahh... Modifikasi berat seperti menukar blok enjin motor anda yang telah rosak kepada blok enjin lebih baik. Ini memerlukan pengesahan dan kelulusan pihak penguasa terutama JPJ. Nombor enjin ketuk lagi lah salah siap kena sita lagi... boleh tidor dalam lokap lagi...




8. Pengubahsuaian Saiz Rim dan Tayar     


pengubahsuaian saiz rim dan tayar dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan. maksudnya..jgn la terlalu kecil atau terlalu besar yang mana membahayakan penunggang itu sndiri. Di benarkan menukar rim biasa kepada rim sport atau menukar tayar betiub kepada tayar tanpa tiub...Jangan guna tayar sotong.Kalau tak silap tayar sotong ni dah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan .Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong?Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita.Cuma sotong ni adalahh sikit kebaikan: ringan , kecik & tayar putung air dan yang jelas lebih banyak keburukan: mudah pancit & layan corner bulih terbabas terusss pi lungkang...so sapa-sapa yg pakai tyr jenis ni pikirkan-pikir la.




9. Penggunaan Nombor Plat     


Nombor Plat bukanlah untuk tujuan fancy atau kelihatan cantik.Nombor plat hendaklah dipamerkan di hadapan dan belakang kenderaan bermotor tersebut dalam kedudukan menegak pada plat segi empat, tulisan tak leh rapat-rapat,sampai hampir nak bercantum, tulisan jelas dan terang boleh dibaca.. papan plat hendaklah warna hitam dan tulisan putih.. tidak memantulkan cahaya, tulisan hendaklah dibuat timbul.. lagi satu kalau nombor tulisan tu kalau tanggal, hilang, tercabut atau patah pun boleh kena saman wo...




10. Penggunaan side mirror dan cover rantai     


Tak ade side mirror kat motorsikal .. terang-terang salah.. Tapi sekarang ni ade yang jenis side mirror boleh lipat-lipat… kalau dah terlipat tak pakai memang ler kena saman, sama mcm tak pakai sidemirror tu. Lagi satu penutup cover rantai kalau tak pasang mesti korang kena saman punya lah.. bahaya kalau tak pakai mau kaki masuk dan tersepit celah rantai...





Sekian dulu buat kali ni. Kita jumpa lagi di dalam entri akan datang.

No comments:

Post a Comment

© Copyright ™ All contents in this blog belongs to Oh! Yamaha 135LC Club