22 February 2012

Jom Layan Cerpen Pulak ~ Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

“Tidak!” Amira menjerit sekuat hati.

Dia terkedu, matanya terkebil-kebil melihat kejadian di depan matanya itu. Tidak pasti apa yang harus dilakukannya. Orang ramai mula mengerumuni mereka sedangkan Amira masih terduduk di situ. Air matanya mula berguguran setitik demi setitik.

Seorang lelaki mengangkat Amira lalu berkata, ”Kamu tidak apa-apa?”
Dia menangis. Terasa berat mulutnya untuk membalas persoalan itu. Sebuah ambulan tiba sejurus panggilan dibuat oleh lelaki tadi. Dia menuju ka arah adiknya dan mengiringinya ke hospital. Dalam perjalanan mereka, tidak boleh diungkapkan perasaan yang menyelubungi dirinya. Darah memenuhi baju adiknya yang masih tidak sedarkan diri. Tangannya digenggam seerat mungkin,bagai tidak mahu melepaskan adiknya. Sejurus tiba di hospital, pemandu ambulan tersebut bertindak tangkas dengan membawa adiknya ke wad kecemasan. Jururawat-jururawat membantu pemandu itu dan menahan Amira sewaktu tiba di bilik kecemasan. Amira terduduk di situ dan luka yang terdapat pada dirinya tidak dihiraukan. Dia buntu.

“Apakah yang terjadi? Kenapa kamu tidak bertindak? Apakah yang berlaku?” soal ibunya.

Kehadiran Datuk Zahid dan Datin Sharipah meriuhkan keadaan hospital. Amira tidak tahu ingin berbuat apa. Hanya air mata menjadi peneman dirinya. Ayahnya sedaya upaya cuba menenangkan keadaan ibunya yang amat tertekan. Panggilan yang tiba di rumah Datuk Zahid petang itu hampir menyentap seluruh sanubari Datin Sharipah.

Tidak dapat terbayang perasaan kesalnya kerana menuruti permintaan adiknya itu walaupun dia tahu itu merupakan satu risiko buat dirinya. Kepandaian Alya Syafiqah melunturkan perasaan tegas kakaknya memang tidak dapat dinafikan. Sikap Natasya Amira yang amat berpendirian tetap dan sentiasa mematuhi peraturan biasanya tidak dapat dibantah oleh sesiapa melainkan kedua-dua ibu bapanya. Kehadiran bapanya dapat menenangkan perasaan gundahnya sewaktu berada di bilik kecemasan itu kerana bapanya lebih memahami dirinya. Ibunya juga mula pasrah dengan keadaan yang terjadi. Mereka menunggu penuh sabar, mengharapkan doktor keluar membawa berita gembira. 

“Keadaan anak kalian stabil tetapi ada berita yang ingin saya sampaikan. Sila ke ruangan saya,” doktor keluar dari bilik kecemasan lalu menerangkan serba sedikit tentang keadaan Alya. Berita itu sedikit sebanyak membuatkan Amira lega. Amira dibenarkan untuk mengikut mereka dan mendengar dengan lebih lanjut mengenai Alya.
“Apa? Doktor pasti sudah tiada jalan lagi? Doktor,tolonglah! Saya merayu pada doktor. Tidak mungkin tiada jalan lagi, rintihan Amira sebaik sahaja mengetahui bahawa Alya lumpuh kedua-dua kakinya. “Maafkan saya tapi tiada jalan lagi. Mulai saat ini dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk menampung dirinya”, kata doktor itu dengan nada sayu. Amira sedih mendengar jawapan doktor itu. Ibu dan bapanya hanya berdiam diri dan reda dengan berita itu. Alya dipindahkan ke wad istimewa atas tanggungan ayahnya. Datuk Zahid membawa Amira pulang sementara Datin Sharifah menunggu Alya di wadnya. Keadaan sunyi sepi sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah memandangkan masing-masing sibuk bermain dengan fikiran sendiri. Pada mulanya, Amira tidak mahu meninggalkan adik kesayangannya itu. Namun,setelah pujukan demi pujukan, barulah dia bersetuju dengan permintaan ibu bapanya. 

“Natasya Amira, apakah yang sebenarnya berlaku pada kalian?” soal Datuk Zahid memecahkan suasana sunyi antara mereka.

Dia ingin mendengar cerita sebenar keluar daripada mulut anaknya sendiri kerana dia sukar mempercayai cerita yang disampaikan oleh orang lain. Amira menceritakan segala-galanya kepada ayahnya. Air mata mula jatuh berguguran sejurus itu. Perasaan sebak mula menyelubungi dirinya. Ingin sahaja dia menjerit sekuat hati melepaskan segala perasaan yang terpendam dalam dirinya. Mereka tiba di perkarangan rumah banglo mereka. Amira terus ke biliknya untuk membersihkan diri dan bermunajat kepada Allah memandangkan sudah masuk waktu maghrib. Begitu juga dengan ayahnya. Amira berdoa agar Alya dapat sembuh seperti biasa. Sempat juga dia melakukan solat hajat untuk adiknya kerana dia tahu Allah pasti akan membantu setiap umatnya yang dalam kesusahan. Tepat jam lapan setangah malam,mereka bersiap sedia ke hospital. Amira sudah berjanji ingin menggantikan posisi ibunya dan menjaga Alya pada malam itu bersama-sama dengan orang gajinya. 

“Adik, tolong pakai tali pinggang itu. Bahaya, sayang,” kata Amira dengan nada lembut. 

“Akak, tidak selesa dan Alya tidak suka. Akak, kali ini saja. Boleh ya akak?” soal Alya meminta simpati.
Alya terus membaca buku kegemarannya itu tanpa menurut arahan kakak kesayangannya.

‘Tidak mengapalah, kali ini saja,’ getus hati Amira. 

Dia terus menyambung tumpuannya ke arah jalan raya. Tiba-tiba, sebuah lori besar memintas kereta mereka sehingga menyebabkan Amira hilang arah. Dia gagal mengawal keretanya. Alya tersentak dan cuba berpaut pada kakaknya. Namun, lori itu menghimpit mereka sehingga menyebabkan kereta Amira hilang kawalan lalu terbalik. Tidak dapat terbayang betapa takutnya Amira dan Alya ketika itu. Sejurus itu, pemandu lori berkenaan bertindak mengeluarkan Amira tetapi malang tidak berbau, kaki Alya tersepit. Dalam keadaan begitu, Amira menolong pemandu tersebut dan menarik Alya keluar daripada kereta sekuat hatinya. Titisan darah pada dirinya tidak dihiraukan sama sekali. Dia hanya memikirkan Alya dan keselamatan Alya. Dia tidak mahu Alya dihempap kereta. Sejurus itu, pemandu lori tersebut menahan beberapa kereta untuk meminta bantuan. Pada saat itu, Amira tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya terduduk di sisi Alya. Amira tersentap daipada lamunannya sewaktu sedang duduk di sisi katil Alya. Peristiwa hitam yang hampir meragut nyawa adik kesayangannya tidak mungkin dapat dilupakan. 

“Pergi! Aku tidak mahu berkawan dengan engkau. Kau cacat! Pergi!” kata seorang rakan sekelas Alya padanya. Keadaan kelas 4 Cerdas menjadi hingar-bingar. Rakan-rakan sekelasnya mula mengejek Alya. Dia berasa begitu kerdil jika mahu dibandingkan dengan rakan-rakannya yang sempurna kerana hanya dirinya yang berkerusi roda. Pelbagai ejekan dan tohmahan dilontarkan kepada dirinya. Pernah suatu ketika dahulu dia ditolak dari kerusi rodanya gara-gara perasaan cemburu mereka terhadap layanan yang diberikan kepadanya. Dirinya yang dahulu aktif dan dikagumi rakan-rakannya tidak lagi menyerlah. Hanya perasaan sunyi yang menyelubungi dirinya. Sudah hampir 3 bulan peristiwa ngeri itu berlaku. Namun,rakan-rakannya masih tidak mahu menerima dirinya seadanya. Alya kini dikategorikan sebagai golongan kurang upaya. Kehilangan upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Mereka yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU). Jika difikirkan, apalah yang mampu difikirkan budak yang baru berumur 10 tahun. Namun, tidak mungkin tiada sekelumit perasaan kasihan pun yang timbul dalam diri rakan-rakan sekelasnya. Dia masih dipulaukan.

Kini, Amira sangat berhati-hati dan sentiasa mematuhi undang-undang ketika memandu. Dia tidak mahu peristiwa hitam itu berulang kembali. Dia juga sentiasa menjaga keselamatan semasa sedang memandu. Tidak mungkin dia mengalah dan melanggar undang-undang jalan raya lagi. Cukuplah pengalamannya yang lepas. Tidak mampu dia hadapinya sekali lagi. Dia juga seboleh-bolehnya mahu membantu Alya supaya dapat pulih seperti biasa. Tidak dapat terbayang perasaan kesalnya terhadap Alya. Mahu saja dia mengekori Alya ke mana-mana sahaja dan melindungi adik kesayangannya itu kerana takut dengan persepsi orang lain terhadap adiknya. Amira menjadi semakin prihatin dan lebih menyayangi adiknya. Setiap perkara yangberlaku, sudah pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan peristiwa ini. Mungkin pengalaman itu menjadikan Alya seorang yang tabah dan menambah keprihatinan Amira terhadapnya kerana selama ini Alya hanya dijadikannya sebagai tempat untuk memperoleh barang kesukaannya. Hal ini kerana, ibu dan bapanya lebih memakbulkan permintaan adik tunggalnya itu.

Pada suatu malam, Amira baru pulang daripada kerja. Seperti biasa, dia terus pulang ke rumah. Keadaan rumahnya sunyi memandangkan ibu dan bapanya belum pulang lagi. Alya sudah pasti berada di dalam rumahnya dan berada di meja belajarnya. Dia selalu membuat kerja sekolah pada petang hari kerana ayahnya ada menggaji seorang guru persendirian untuk Alya. Guru tersebut akan datang pada setiap malam Selasa dan Rabu. Amira pergi ke bilik Alya untuk mengajak adiknya makan bersama. Dia tidak suka makan berseorangan di meja makan rumahnya yang besar. 

“Kak Mira! Kak Mira! Bangun! Jangan begini! Tolonglah bangun!” Alya meraung sekuat hatinya. 

Badan Amira yang kaku digoyangkan. Badannya sudah tidak bergerak. Ibu bapanya yang baru pulang daripada kerja terus meluru ke bilik Alya sebaik saja mendengar raungan Amira. Ibu bapanya sudah mula menitikkan air mata. AMIRA TELAH TIADA. Petang itu, mereka dikejutkan dengan pemergian Natasya Amira. Amira ditemui terbaring di tepi tangga, tidak bernyawa oleh adik kesayangannya. Dia disyaki terjatuh dari tangga rumahnya untuk ke tingkat atas memandangkan tangga itu baru lepas dimop dan dibersihkan oleh orang gaji. 

Hujan turun dengan lebatnya pada hari itu. Air mata keluarga Datuk Zahid berguguran seiring dengan air hujan yang turun. Mereka terus menyampaikan khabar duka itu kepada seluruh keluarga terdekat. Natasya Amira akan dikebumikan pada pagi esok. Pada malam itu, orang ramai mengunjungi rumah mereka. Bacaan Yaasin tidak lekang disedekahkan buat arwah. Alya sentiasa berada di sisi arwah menandakan betapa dia sayang akan Alya. Dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Pada keesokan harinya, majlis pengebumian arwah Alya Syafiqah berjalan lancar. Keluarga mereka berada dalam keadaan sayu. Tidak tergambar perasaan mereka ke atas segala perkara yang telah terjadi. 


Ke hadapan ibu,ayah dan Alya,
Amira sudah tidak mampu lagi menanggung penderitaan hidup ini. Mungkin ini adalah suratan takdir yang tertulis buat diri Amira. Hampir saban hari Amira cuba menanggung penyeksaan ini sendirian kebingungan sama ada ingin memberitahu kalian atau terus merahsiakan masalah ini. Jika masuk hari ini, 22 Jun 2010, sudah hampir 2 bulan Amira disyaki menghidap penyakit ini. Sudah hampir 2 bulan jugalah doktor memberitahu bahawa Amira menghidap penyakit kanser otak tahap 4. Maafkan diri ini. Bukan sengaja Amira merahsiakan penyakit ini Cuma Amira tidak mahu menjadi beban yang hanya menyusahkan kalian. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku dahulu. Jadi, berhentilah menyalahkan diri sendiri. Kalian semestinya tidak berdosa. Lupakanlah segala perkara yang terjadi dan teruskanlah hidup kalian. Buat ibu dan ayah, Natasya Amira memohon maaf atas segala keterlanjuran perkara yang telah melukakan hati kalian. Mungkin sudah tiba masanya Amira meninggalkan kalian. Halalkan segala makan dan minum yang kalian telah berikan buat diri ini. Jutaan terima kasih Amira nyatakan buat ibu dan ayah serta adik kesayangan kakak. Tidak pernah Amira lupakan segala jasa dan pengorbanan kalian.Terima kasih buat keluarga tercinta.

Natasya Amira

Sepucuk surat dari Natasya Amira ditemui oleh Datin Sharifah sewaktu mengemas barang-barangnya yang akan disalurkan ke rumah anak-anak yatim. Rupa-rupanya, Amira sudah mengetahui tentang penyakitnya dahulu dan tidak memberitahunya. Dia berasa terkilan kerana Amira tidak memberitahunya. Namun, tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi. Amira telah pergi. Surat itu disimpan setelah dibaca pula oleh Datuk Zahid dan Alya Syafiqah. Perasaan kecewa menyelubungi mereka kerana tidak dapat membantu Amira sewaktu dia sedang menghadapi saat-saat akhirnya. Barah atau kanser (Istilah perubatan: barah neoplasm) merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi. Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas. 

Setelah beberapa bulan, mereka meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Mereka telah dapat menerima segala perkara yang terjadi pada Amira. Ibu bapa Alya mengambil keputusan untuk mengambil seorang anak angkat sebaya Alya, bernama Saidah. Mereka berharap dengan kehadiran seorang ahli baru dalam keluarga mereka dapat memeriahkan dan menghidupkan kembali kemeriahan keluarga mereka. Aktiviti Amira sentiasa berada di bawah pengawasan ayahnya. Datuk Zahid juga ada mengupah seorang pengawal peribadi untuk permata hatinya itu. Dia tidak mahu kehilangan orang yang disayanginya lagi. Cukuplah seorang. Datuk Zahid dan Datin Sharipah lebih peka dengan keadaan anak-anaknya. Pengalaman mereka yang lalu cukup untuk menjadikan mereka seorang ibu bapa yang lebih berdedikasi.





credit to http://www.jalanraya-keselamatan.blogspot.com/
© Copyright ™ All contents in this blog belongs to Oh! Yamaha 135LC Club