26 November 2011

Tips Untuk Gadis Menunggang Motosikal Dengan Cara Berhemah Dan Selamat




Bagi gadis-gadis di luar sana yang belum mampu memiliki kereta walaupun dah mempunyai lesen penuh , selain dari kenderaan awam, motosikal juga menjadi pilihan. Menunggang motosikal selalu hanya sinonim dengan lelaki. pelikkah jika wanita menunggang motosikal? bukan pelik, tapi keselamatan penunggang wanita selalunya kurang terjamin. tak percaya? seringkali saja kita dengan wanita kena ragut semasa menunggang motosikal kan? jadi, aku rasa terpanggil untuk menyampaikan beberapa tips yang disarankan  untuk keselamata gadisn di jalan raya atau di mana jua ketika menunggang motosikal.
 

Tips Gadis Menunggang Motosikal dengan selamat #1

 
Helmet @ topi keledar - pilih helmet yang menutup 3/4 daripada kepala kita.

Topi keledar ini melindungi bahagian belakang tengkorak, tetapi tiada pelindung dagu seperti topi keledar penuh, ataupun pelindung muka. Topi keledar 3/4 turut menawarkan pelindungan belakang kepala seperti mana topi keledar penuh, tetapi tanpa perlindungan kepada bahagian muka, walaupun dalam kes bukan pelanggran. Serangga, habuk atau angin pada muka dan mata mampu mencederakan atau mengganggu penunggang. Disebabkan itu, menjadi perkara biasa bagi penunggang bagi mengenakan gogal atau cermin mata hitam sebagai pelindung mata tambahan kepada topi keledar jenis ini. - wiki

Jangan gunakan topi keledar separuh @ helmet kura-kura ataupun helmet yg tidak bersirim.

Dan jangan lupa ketatkan tali pengikat topi keledar.


Tips Gadis Menunggang Motosikal dengan selamat #2


Pakai pakaian yang sesuai.

Lebih selamat dan selesa sekiranya anda memakai seluar yang tebal seperti jeans. Sekiranya perlu berbaju kurung @ berkain, pakai seluar terlebih dahulu dan salin apabila sampai di tempat yang dituju. Memang la seperti buang masa, leceh saja kan? tapi demi keselamatan, kenapa berdalih? bayangkan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, dah tentu kain akan mudah koyak dan tentu akan tersangut pada mana-mana bahagian motosikal. lepas tu bayangkan kain akan terselak, tertayang bahagian yang tak perlu. malu? sebab itu jika anda memakai jeans, dengan fabrik yang lebih tebal, peratusan kecederaan akan berkurangan. (berkurangan saja ye..) dan tak ada nak terselak sangat.

Pemakaian kasut yang selesa dan kemas - elakkan berkasut tumit tinggi

Bayangkan anda menunggang motosikal mengenakan sepatu bertumit tinggi 2 inci atau lebih, jika berlaku sesuatu yang mengejut seperti ayam melintas jalan, sudah tentu anda perlu membrek dengan tiba-tiba bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. dan dengan penggunaan kasut bertumit tinggi, biasanya tumit kasut akan tersangkut@ stuck di stand pemijak dan ini memang menyukarkan anda untuk membrek ataupun menukar gear (berdasarkan pengalaman). Jadi, pakailah sport shoes atau kasut bertutup yang tapaknya flat @ rata. (kat sekolah memandu pun ada diajar dulu. dah lupa ke?)

Optional :
Pemakaian sarung tangan.
Fungsi sarung tangan ini adalah mengurangkan kecederaan jika berlakunya kemalangan serta dapat mencegah tangan anda dari terkena panas.


Tips Gadis Menunggang Motosikal dengan selamat #3


Penggunaan beg galas @ backpack - elakkan dari letak beg tangan @ segala beg di dalam bakul motosikal.


cara ini agak selamat dan lebih selesa daripada sesetengah wanita lain yang mengamalkan kaedah 'sembunyi dalam baju' a.k.a mengendong handbeg mereka dan kemudian menutupnya dengan menyarung jacket @ sweater. lagi lah pelik dan tidak selesa wehhh. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah motosikal yang mempunyai ruang untuk menyimpan barang di bawah tempat duduk motosikal mereka. Cara ini juga agak efisyen tetapi, nak kena beli motosikal baru ke?


Tips Gadis Menunggang Motosikal dengan selamat #4 

Simpan handphone anda di tempat yang mudah dicapai @ dalam poket seluar @ dalam poket jacket.


kenapa? sekiranya berlaku sesuatu mudah untuk anda menghubungi orang lain untuk meminta pertolongan atau sekadar bertanya khabar.


Tips Gadis Menunggang Motosikal dengan selamat #5

* Jangan buat jalan tu macam sendiri punya jalan. pandulah di sebelah kiri jalan, bukan di tengah-tengah. jika ada tersedia laluan motosikal, gunakan dengan sebaiknya.

* Bagi laluan pada kenderaan berat @ besar untuk lalu dahulu jika semakin hampir dengan anda. Bahaya jika anda berada dihadapan mereka.
* Jangan memotong kenderaan lain jika anda rasa tidak selamat @ tidak sempat.

* Jangan buat bodoh je bila kenderaan lain bunyikan hon pada anda. Perlahankan motosikal anda dan periksa jika ada apa-apa yang tidak kena. jika anda yakin semuanya ok, sah la diorang tu sekadar nak mengurat anda saja!

Last but not least, pandulah dengan cermat dan selam
at. Ingat orang yang tersayang. Pada yang berjaya mengharungi zaman menunggang motosikal, teruskan pemanduan berhemah anda.

Kredit kpd sper2 yg rser ni artikel dia. :-
)


2 comments:

  1. Tambah sket ya ...

    1. Topi keledar dengan visor yg bagus, (contohnya jenis Bogo) kerana telah terbukti dapat menyelamatkan bahagian muka abg ketika jatuh dan terseret diatas tar jalan, sedangkan visor tidak pecah walaupun calar sehingga tak boleh digunakan lagi.
    Pastikan jenis 'clear' yg boleh dipakai siang dan malam. Jenis tinted akan menghadkan pandangan pada waktu malam dan ketika hujan. Tukar bila calar telalu banyak kerana akan menjadi silau bila disuluh cahaya pada waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas tambahan info tersebut. Selamat maju jaya utk Abg Zul. :)

      Delete

© Copyright ™ All contents in this blog belongs to Oh! Yamaha 135LC Club