26 November 2011

Tips Untuk Gadis Menunggang Motosikal Dengan Cara Berhemah Dan Selamat




Bagi gadis-gadis di luar sana yang belum mampu memiliki kereta walaupun dah mempunyai lesen penuh , selain dari kenderaan awam, motosikal juga menjadi pilihan. Menunggang motosikal selalu hanya sinonim dengan lelaki. pelikkah jika wanita menunggang motosikal? bukan pelik, tapi keselamatan penunggang wanita selalunya kurang terjamin. tak percaya? seringkali saja kita dengan wanita kena ragut semasa menunggang motosikal kan? jadi, aku rasa terpanggil untuk menyampaikan beberapa tips yang disarankan  untuk keselamata gadisn di jalan raya atau di mana jua ketika menunggang motosikal.
 

Tips Gadis Menunggang Motosikal dengan selamat #1

 
Helmet @ topi keledar - pilih helmet yang menutup 3/4 daripada kepala kita.

Topi keledar ini melindungi bahagian belakang tengkorak, tetapi tiada pelindung dagu seperti topi keledar penuh, ataupun pelindung muka. Topi keledar 3/4 turut menawarkan pelindungan belakang kepala seperti mana topi keledar penuh, tetapi tanpa perlindungan kepada bahagian muka, walaupun dalam kes bukan pelanggran. Serangga, habuk atau angin pada muka dan mata mampu mencederakan atau mengganggu penunggang. Disebabkan itu, menjadi perkara biasa bagi penunggang bagi mengenakan gogal atau cermin mata hitam sebagai pelindung mata tambahan kepada topi keledar jenis ini. - wiki

Jangan gunakan topi keledar separuh @ helmet kura-kura ataupun helmet yg tidak bersirim.

Dan jangan lupa ketatkan tali pengikat topi keledar.


Tips Gadis Menunggang Motosikal dengan selamat #2


Pakai pakaian yang sesuai.

Lebih selamat dan selesa sekiranya anda memakai seluar yang tebal seperti jeans. Sekiranya perlu berbaju kurung @ berkain, pakai seluar terlebih dahulu dan salin apabila sampai di tempat yang dituju. Memang la seperti buang masa, leceh saja kan? tapi demi keselamatan, kenapa berdalih? bayangkan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, dah tentu kain akan mudah koyak dan tentu akan tersangut pada mana-mana bahagian motosikal. lepas tu bayangkan kain akan terselak, tertayang bahagian yang tak perlu. malu? sebab itu jika anda memakai jeans, dengan fabrik yang lebih tebal, peratusan kecederaan akan berkurangan. (berkurangan saja ye..) dan tak ada nak terselak sangat.

Pemakaian kasut yang selesa dan kemas - elakkan berkasut tumit tinggi

Bayangkan anda menunggang motosikal mengenakan sepatu bertumit tinggi 2 inci atau lebih, jika berlaku sesuatu yang mengejut seperti ayam melintas jalan, sudah tentu anda perlu membrek dengan tiba-tiba bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. dan dengan penggunaan kasut bertumit tinggi, biasanya tumit kasut akan tersangkut@ stuck di stand pemijak dan ini memang menyukarkan anda untuk membrek ataupun menukar gear (berdasarkan pengalaman). Jadi, pakailah sport shoes atau kasut bertutup yang tapaknya flat @ rata. (kat sekolah memandu pun ada diajar dulu. dah lupa ke?)

Optional :
Pemakaian sarung tangan.
Fungsi sarung tangan ini adalah mengurangkan kecederaan jika berlakunya kemalangan serta dapat mencegah tangan anda dari terkena panas.


Tips Gadis Menunggang Motosikal dengan selamat #3


Penggunaan beg galas @ backpack - elakkan dari letak beg tangan @ segala beg di dalam bakul motosikal.


cara ini agak selamat dan lebih selesa daripada sesetengah wanita lain yang mengamalkan kaedah 'sembunyi dalam baju' a.k.a mengendong handbeg mereka dan kemudian menutupnya dengan menyarung jacket @ sweater. lagi lah pelik dan tidak selesa wehhh. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah motosikal yang mempunyai ruang untuk menyimpan barang di bawah tempat duduk motosikal mereka. Cara ini juga agak efisyen tetapi, nak kena beli motosikal baru ke?


Tips Gadis Menunggang Motosikal dengan selamat #4 

Simpan handphone anda di tempat yang mudah dicapai @ dalam poket seluar @ dalam poket jacket.


kenapa? sekiranya berlaku sesuatu mudah untuk anda menghubungi orang lain untuk meminta pertolongan atau sekadar bertanya khabar.


Tips Gadis Menunggang Motosikal dengan selamat #5

* Jangan buat jalan tu macam sendiri punya jalan. pandulah di sebelah kiri jalan, bukan di tengah-tengah. jika ada tersedia laluan motosikal, gunakan dengan sebaiknya.

* Bagi laluan pada kenderaan berat @ besar untuk lalu dahulu jika semakin hampir dengan anda. Bahaya jika anda berada dihadapan mereka.
* Jangan memotong kenderaan lain jika anda rasa tidak selamat @ tidak sempat.

* Jangan buat bodoh je bila kenderaan lain bunyikan hon pada anda. Perlahankan motosikal anda dan periksa jika ada apa-apa yang tidak kena. jika anda yakin semuanya ok, sah la diorang tu sekadar nak mengurat anda saja!

Last but not least, pandulah dengan cermat dan selam
at. Ingat orang yang tersayang. Pada yang berjaya mengharungi zaman menunggang motosikal, teruskan pemanduan berhemah anda.

Kredit kpd sper2 yg rser ni artikel dia. :-
)


17 November 2011

14 Mac 2011 - Kembali Mendaki Puncak Genting Highlands

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat2 dan kru2 yang setia menanti kemunculan post terbaru dari kami. Kali ni kita kembali menguji jentera kami mendaki puncak Genting Highlands namun kali ni kami meredah kepanasan haba tar di lebuh raya pulak. Sebanyak 20 buah jentera berjaya menawan puncak pada kali ini. Event kali ini juga menampilkan 1st rider solo dari kalangan Gadis @ Bunga yang menyertai konvoi ini. Tahniah untuk rider tersebut. Nak tau saper dia, korang cari la sendiri. hehehe..... Apa2 pun jom kita layan foto2 di bawah. Zassssss..........






< Admin Besar Ampang bersama Bunga kesayangannya >


< 5 jejaka pingitan. Hahahah.... >


< Gelapnyer awan kat blakang tu. waktu ni baru lepas ujan >


< Kena air ujan sket da nak lap. Manje btol. :) >


< Aper bende la dalam mulut Admin Ampang sampai kembung camtu?? >


<Senyum la sket cik adik ooiiii.... >


< Salah seorang yang ada dalam gambar ni berjaya mendaki secara solo dengan jenteranya. Siapa??? Jeng3.... >


< Jentera terkuat dalam Oh! Yamaha 135LC. Hahahaha... >


< Tu dia... Tapi sori yer, sumer tu milik orang. :) >





< Dorang ni tengok anak bulan ke tengok anak orang??? >


< Yang hujung belah kiri tu termasuk kru kelab jugak. Jangan ingat kami prejudis terhadap model @ jenis jentera selain LC pulak. >


< Antara barisan jentera yang menjayakan event ini >


< Kereta tu xtermasuk dalam senarai yer... Cuma background untuk posing jer. :-) >





< Bahagia... >


< Kat Genting pun ada Star Walk jugak. Terasa macam artis skejap. :-P >


< Yang belah kanan skali tu bapak tiri kepada gadis2 tersebut. :-) >


< Kenapa moto tu pakai vest? Ada cerita disebaliknya sebelum tu >


< Macam nak pukul orang jer. Huhuhuhu..... >


< Kota Keriangan >


< PIlih la maner korang nak pegi >


< Nice aerial view >


< Moto ni cantik tapi sayang owner dia bukan ahli kelab >





< Baru jer sampai >








< Inilah dia orang yang anda cari2 tu. :-) >


< Dap nyer. nak ket... :-) >











< Jejaka pingitan >


< Ampun pak, saya baru kerja di sini, baru 3 hari pak!!! :-) >


< Olo cian dia kena buli. Tapi xper, awak tetap comel. :-) >











06 November 2011

06 November 2011

Assalamu'alaikum kepada semua pembaca yang kami hormati...


Kami, semua warga Oh! Yamaha 135LC Club ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua pembaca blog ini. Bagi yang menaiki kenderaan persendirian untuk pulang ke kampung dan kembali ke kota nanti, diharapkahn agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa berada di atas jalan raya. Bantulah mereka yang memerlukan bantuan sekiranya perlu, hargai nyawa anda dan orang lain. Jangan sampai lembu, kambing dan kerbau terlepas, anda pula yang menjadi korban di jalan raya. Teruskan mengikuti perkembangan dan aktiviti lepas, semasa dan akan datang di blog ini. Semoga anda semua sedikit sebanyak memperoleh ilmu dari blog kami yang tidak seberapa ini. Kami amat mengharapkan sokongan dari anda agar blog ini terus maju dalam memberikan informasi terkini. Sekian...

04 November 2011

Sorotan Perhimpunan Pemilik Motorsikal Yamaha 135LC Di I-City Pada 23 Oktober 2011

Salam Oh! pada semua kru dan peminat kelab.

Kali ni kami nak paparkan 1 video yang dah direkod oleh Bro Ahmad Bin Abdullah kita, kru merangkap admin bagi negeri Negeri Sembilan Darul Khusus. Ucapan pendahuluan dilakukan oleh Head of Admin1 (HOA1), Bro Ahmad Faiz dan kemudiannya oleh Mr Founder, Daeng the Boss. Jom kita tengok apa yg dorang cakap masa tu. Zassss.....


video

02 November 2011

05 Mac 2011 ~ Konvoi Pertama Jelajah Negeri Ke Melaka

Assalamu'alaikum san salam Oh! smer...

Ini adalah konvoi pertama kami menjelajah negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, disertai oleh 30 buah jentera Yamaha 135LC dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sendiri. Kehadiran kami disambut oleh Abang Bob Marshall yang sememangnya terkenal di dalam majalah Kapcai dan Bikers Week seluruh Malaysia. Boleh dikatakan Abang Bob ni idol kepada majoriti kelab kapcai Se-Malaysia tak kira dari jentera Yamaha, Honda, skuter, kapcai, scrambler mahupun superbike. Kami juga turut diiringi oleh 2 orang lagi marshall terlatih iaitu Doktor dan yang sorg lg tu xingat nama. :-) Kami telah dibawa ke Dataran Pahlawan untuk aktiviti santai, ke Merlimau untuk satu event yang dijemput secara kebetulan dan ke Umbai pada malamnya untuk menikmati ikan bakar yang segar dari laut. Jom kita soroti perjalanan kami sepanjang hari tersebut melalui gambar-gambar di bawah. Zasssss....



( Dihadapan Dataran Pahlawan )





( Ni jentera otai Ampang. Ngeee.... )


 (Berehat di Restoran Jejantas Ayer Keroh )


( Jentera-jentera dari Wilayah Central )


( Beca Melaka )











( 3 unit jentera milik marshall dari Melaka )

















( 3 dara pingitan, tapi milik dah jadi milik orang yer. hihihi.... )
























(Baeeekkk punyer lengkung )


( Terbaeeeekkkk.... )





( Otai ensem dari Ampang, Abang Que Haidar. Ngeee... )




( Ni jentera Marshall Doktor )











( Kaki saper ni????? )





( Ni jentera marshall kelab, Muner )

















( Ni dekat RNR Seremban. Kru KL bergabung dengan kru Selangor )

















( Di Umbai, sebelum bergerak pulang ke destinasi masing-masing )


( Otai admin Ampang tengah termenung )











( Beca-beca Melaka )











( Kru-kru dari KL )














© Copyright ™ All contents in this blog belongs to Oh! Yamaha 135LC Club