19 October 2011

Sejarah Penubuhan Oh! Yamaha 135LC Club


Penghujung 2010 adalah era zaman kejatuhan kelab-kelab, komuniti-komuniti dan kumpulan-kumpulan kecil motosikal berkuasa 135cc. Bermula seawal tahun 2011 tercetus idea dari Founder Oh! untuk membuat sebuah kelab peminat (Fans Club), bertujuan sekadar untuk berkongsi ilmu semata-mata di dalam laman sosial Facebook. Oleh kerana permintaan kian meningkat maka pada 13 Januari 2011 adalah tarikh rasmi tercipta laman rasmi Oh! Yamaha 135 LC sebagai sebuah kelab peminat bukan sekadar dalam Facebook tetapi menjadi kenyataan di luar.

Nama Oh! Yamaha 135 LC dipilih kerana sebutan yang mudah, menarik dan unik dari kelab-kelab lain. Oh! bermaksud Otai Handalan!. Mengapa Oh!? Kerana percaya kelab ini akan terdiri dari rider-rider yang luar biasa. Matlamat dan objektif Oh! sgt berbeza dari kelab-kelab lain kerana Oh! berteraskan konsep ~SPONTAN~, ~SANTAI~ dan ~KONVOI~. Oleh kerana itu, terdapat juga ahli-ahli yang menunggang selain motorsikal Yamaha 135LC menyertai Oh! dan Oh! sangat mengalu-alukan kehadiran mereka yang telah dan ingin menyertai komuniti Oh!. Oh! tidak menggalakkan kewujudan konsep rider mencari haluan yang salah seperti terlibat dengan perlumbaan haram, masalah sosial dan terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di Malaysia. Oleh sebab itu, Oh! sangat menitikberatkan disiplin dan sikap semasa konvoi mahupun semasa ahli menunggang sendirian. Oh! juga mempunyai ahli-ahli yang sudah biasa dan berpengalaman di dalam konvoi bermotosikal.

Konsep Oh! meletakkan pembahagian wilayah kepada zon  Borneo, Utara, Tengah (Central), Selatan dan Timur di atas satu nama. Tidak seperti kelab lain mencipta idea pelbagai kelab-kelab kecil yang bernaung di bawah satu naungan. Kekurangan konsep sedemikian akan mencipta jurang antara kelab-kelab kecil tersebut kerana wujudnya sifat berpuak. Oh! seboleh mungkin ingin menjauhi amalan sedemikian dengan melakukan konsep BERPUSAT di atas satu nama yang sama meskipun berbeza zon dan wilayah. Buktinya adalah Oh! menggunakan satu sticker yang sama di seluruh tanah air Malaysia. Paling istimewa Oh! telah mewujudkan satu ruangan khas kepada rider-rider wanita di dalam sebuah chatroom yang sangat dikawal ketat oleh admin-admin bagi mengelakkan gangguan dari luar. Matlamat  Oh! adalah mencipta kumpulan 135 LC perempuan (gadis).

Namun, hasil perbincangan antara admin-admin dan ahli-ahli kelab, zon-zon ini dipecahkan lagi menjadi lebih kecil mengikut negeri masing-masing. Ini adalah untuk memudahkanpengurusan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti mengikut negeri masing-masing memandangkan sebelum ini hanya terdapat satu negeri sahaja yang memonopoli setiap aktiviti bagi setiap zon. Pemecahan zon ini juga dijangka akan menunjukkan betapa aktifnya kelab ini melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang melalui laporan selepas setiap aktiviti setiap negeri selesai dilaksanakan. Maka dengan itu, pada tanggal 15 Oktober 2011, zon-zon telah dimansuhkan dan digantikan mengikut negeri masing-masing. Walaupun begitu, kelab ini masih lagi kekal dengan nama, identiti, semangat dan displin yang sama malah sambutan dari ahli-ahli baru semakin menggalakkan.

Pada hari pertama pelancaran, Oh! mendapat sambutan seramai lebih 100 dalam masa tidak sampai 24 jam selepas promosi dilakukan dan sambutan terus meningkat dari hari ke hari. Satu petanda baru bahawa Oh! mempunyai harapan besar untuk menjulang nama di Malaysia dan Founder tidak pernah merasa silap dalam memilih mana-mana ahli yang dilantik menjadi Admin Oh! kerana masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri. Setiap keputusan dan tindakan Founder adalah  di atas kepercayaan diri, tidak mengatakan gagal sebelum melakukan sesuatu. Usaha bersama adalah faktor utama kejayaan Oh! Yamaha 135LC. Meskipun Oh! banyak berhadapan dengan tentangan dari luar tetapi Oh! tetap unggul selagi Founder, setiap admin-admin dan ahli-ahli tidak cepat melatah dengan sikap tidak matang orang asing untuk melihat Oh! jatuh tersungkur seperti kelab-kelab lain. Oleh sebab itu juga, Founder dan admin-admin sentiasa bekerja keras dan terus berusaha untuk menjulang nama Oh! demi kepentingan seluruh ahli-ahlinya.

~Semoga Oh! Yamaha  135LC Club akan kekal walaupun pengeluaran motorsikal 135cc ini telah dihentikan oleh pihak Hong Leong  YAMAHA~. 

No comments:

Post a Comment

© Copyright ™ All contents in this blog belongs to Oh! Yamaha 135LC Club