12 March 2012

Kursus Marshall ~ 11 & 12 Mei 2012 ~ Pengkalan Hulu, Perak




As-salam semua follower,

Ni nak umumkan satu kursus marshall yang akan diadakan di Kem Pasukan Gerakan Am Batalion 18, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Maklumat program adalah seperti berikut ::

1. TUJUAN
Tujuan program ini adalah untuk mendapatkan latihan penunggang motosikal
dan pemanduan yang lebih sistematik, pengendalian motosikal (Defensive riding/driving) dengan menitik beratkan aspek keselamatan penunggang dan pengawalan motosikal yang ditunggang. Bagi pemanduan kereta/4WD, peserta program akan didedahkan bagaimana mengawal kenderaan bagi mengelak kemalangan dan meningkatkan keyakinan pemanduan dengan penuh etika dan bertimbangrasa. Jangkamasa kursus adalah selama 2 hari.

2. OBJEKTIF
Objektif kursus pengendalian motorsikal/kereta/4WD adalah seperti berikut:-
2.1 Memperolehi pengetahuan teori dan praktikal menunggang motosikal & pemanduan kereta/4WD dengan selamat, lebih yakin dan berhemah,
2.2 Mengetahui bagaimana pengendalian konvoi dan komunikasi semasa perjalanan,
2.3 Pengawalan motorsikal / kereta / 4WD ketika menghadapi keadaan kecemasan dan tindakan-tindakan yang perlu diambil,
2.4 Menyemaikan sikap yang baik dan bertanggungjawab sebagai penunggang motorsikal / pemandu kereta / 4WD terhadap nyawa dan kenderaan yang ditunggang/dipandu.
2.5 Mengetahui hak & undang-undang anda sebagai pengguna jalanraya.

3. YURAN (ANGGARAN)
RM 400 (tiada penginapan)
RM 450 (termasuk penginapan)

4. LAIN-LAIN*
a. T Shirt
b. Vest Keselamatan
c. Penginapan ( hanya utk peserta yang membayar utk penginapan sahaja)
d. Sijil
e. Nota
f. Makanan ( Sarapan dan Makan Tengah Hari)
*seperti yang diberikan dalam siri kursus yang lepas; tertakluk kepada penganjur.

Untuk Admin2 dan Marshall2 kelab, jom kita penuhkan dewan disamping menimba ilmu untuk kegunaan kita dalam kelab. Sebarang perubahan/tambahan akan dikemaskini kemudian.

Sekian...

Kredit kepada Abang Marshall Osama bin Kosnan

http://www.mobramfc.com/




No comments:

Post a Comment

© Copyright ™ All contents in this blog belongs to Oh! Yamaha 135LC Club