10 January 2012

01 Januari 2012 - Rentetan Perjalanan Konvoi Ke Melaka

Assalaamu'alaikum sahabat2 smua....


Dah lama tak menulis kat blog ni. Almaklumlah sibuk menguruskan jadual harian dan event besar kelab sempena sambutan ulangtahun kelab yang pertama pada 11 & 12 Februari ini. Tapi takper, yang tu nanti saya cerita kemudian. Saya crita pasal perjalanan konvoi ni dlu.


Untuk konvoi kali ni seramai lebih kurang 92 kru telah turun menjayakan konvoi tersebut di mana melibatkan kru2 dari Zon Central dan Selatan. Konvoi secara besar2an bermula dari RnR Seremban sehingga ke tapak perhimpunan. Tak lupa juga terima kasih kepada kelab2 LC yang turut sama2 menjayakan konvoi & video ini (byk sgt kelab nk mention kt sini), terima kasih byk2 nohhh!!!!....


Selepas berhimpun, kami bergerak menuju ke umbai untuk membaham makanan laut yang telah siap dioder dan dibakar dan juge NASIK LEMAK. Oleh kerana pada maser tu smer kru2 tgah lapar, so dengan tulang ikan, dain pisang, air batu, pokok bakau, smer diorg sebat. Hahahahaha.....


Dah puas makan mula lah mata masing2 layu. Kami teruskan perjalanan ke Pantai Puteri untuk menghirup angin pantai yg bertiup sepoi...sepoi...sepoi...sepoi bahase. Mmg nyaman sekali. Dua kali da xnyaman pasal kentut bau ikan bakar + daun pisang. lalalalalala..... 


pada jam 2030, kru2 tuan rumah menghantar kami sehingga ke Tol Alor Gajah dengan kelajuan romantik sekitar 60-70kmj sehingga ada kru2 yg hampir terlelap. Kru2 berpecah ke negeri masing2 pada jam 2230 dan kesemuanya telah selamat smpai ke destinasi msg2 tnpa sebarang mslh.


Dah penat menaip, sekarang ni saya nak mempertontonkan video yang dihasilkan oleh Head of Media, Oh! Yamaha 135LC Club Malaysia, saudara Budaxx Nakal kita. Mari kita sama2 saksikan video tersebut.... :)







No comments:

Post a Comment

© Copyright ™ All contents in this blog belongs to Oh! Yamaha 135LC Club